Matlamat pertama anda seharusnya adalah untuk
jadi financially freedom… atau kewangan mandiri, atau bebas kewangan (sama je)
Ada juga antara kita
tidak mahu jadi jutawan. Kalau tak nak jadi jutawan pun tak mengapa, itu
terpulang pada individu. Namun,
sekurang-kurangnya anda perlu menjadi bebas kewangan. Apakah maksud bebas
kewangan?
Bebas kewangan adalah apabila pendapatan
resedual (passive income) kita melebihi perbelanjaan bulanan kita. Dalam kata
lain, walaupun kita tak perlu kerja, kewangan kita sudah mencukupi untuk
menampung perbelanjaan bulanan.
Contoh, sekiranya kos sara hidup kita
sekeluarga adalah RM4,000, kita perlu memiliki pendapatan residual melebihi
RM4,000.
·
Mungkin, dalam pelaburan ASB
mempunyai RM200,000- ini memberi pulangan
pelaburan dalam lingkungan RM1,600 sebulan.
·
Mungkin kita ada menyewa 2 buah rumah, dan satu rumah
pendapatan kita adalah RM500 dari sewa sebuah rumah. Maka, pendapatan dari sewa
rumah adalah RM1,000
·
Mungkin kita memiliki perniagaan
Internet secara automatik yang memberi pulangan RM1,500 sebulan
Dengan 3 pendapatan
residual di atas, jumlah menjadi RM4,100 sebulan. Dengan ini, anda
telah menjadi financially free, kewangan mandiri atau bebas kewangan! Anda tidak perlu kerja
lagi seumur hidup!
Capaikan bebas kewangan terlebih dahulu.
Kemudian, perjalanan untuk menjadi jutawan adalah lebih mudah!